Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 13 November 2013

sebab DIA

..hohoho...setahun xda ksempatan derma drah, alhamdulillah berjaya derma kali ke 16 spjg aku bnafas. tpi........apa yg pelik aku rsakan perubahan lpas derma hr ni, tangan lenguh tu biasa..cuma rsa nk muntah,loya2, xda selera nk makan..xpernah makan nasi separuh dlm seumur hidup boleh pulak x habis sepanjang 2 hr ni....klau hari hari macam ni mmg boleh kurus la jwabnya...

masuk hari kedua still xda selera..kelopak mata lak ttba mbengkak hri ni...xpernh2 boleh mnum air suam 1 liter sehari da boleh hbs n rsa dahaga je..asa mcm drakula kjp2 da hausssss..........

tapi mgkin sb emosi aq x stabil shari sblm derma n pda hr aku merderma...ni la akibatnya x jaga emosi ...skrg da mcm org sakit.n tdo je memanjang spjg hri.insyallah slps beberapa hri akan kembali sihat..Amin

Wednesday 6 November 2013

Kawan masa senang ada d sisi, tapi kawan masa susah pergi mana?

Salam semua. Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gelana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Bila senang, semua nak rasa senang sama-sama, tapi bila susah, mane ada yang nak tanggung susah bersama.


Bagi aku perkara ni sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua.

Bila dah perkara sebegini jadi lumrah. Ini dah membawa kepada suatu sikap yang negatif. Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana suka mengambil kesempatan. Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang untuk merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap, bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang. 

Ada kes lain pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada, tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran manusia sekarang.


Kalau difikir dalam-dalam, difikir secara rasional, tak salah pun sebenarnya bersikap senang sama senang, susah sama susah. Tapi tengok jugak pada keadaan dan situasi. Sebab kita sama-sama manusia kan. Macam laut, ada waktu pasang, ada waktu surut. Jangan nanti bila dah tengah sesak, tengah susah mula la terkial-kial nak cari kawan-kawan mintak tolong.
Setuju???