1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang
mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya
setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun
sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja
berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table)
tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun
pagi.
5.00 pagi : Bangun
pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi,
persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap
nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai
sekolah.
7.30 pagi : Mula
kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk
kelas lagi.
2.00 petang : Balik
rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah
berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna
(insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas
rumah + masak.
Tengah hari : Makan
tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum
petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah
apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited
dan penuh komitmen. (Ini ambil fakta sana)
Seorang guru yang
hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh
dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya
mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi
besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid
secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam
memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar
orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan
sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan
cikgu.
Maka, cikgu mestilah
kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami
terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan
komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya
tersenyum girang.
3. Tidak boleh menipu
atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada
skema jawapan.
Pakaian ke tempat
kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada
garis panduan.
Sampai sekolah, isi
waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena
tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada
hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak
menipunya?
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh
kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat
khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat
lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam
lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan
tekanan.
Semua kerja ada
tekanan.
Budak yang tolong isi
minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang
basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak
rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak
menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya
akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress
management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin
sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan
suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti
basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama
diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok
dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
5. Banyak cuti sekolah
dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang
suka betul pada kerjaya guru.
Bakal doktor : Aku
dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus!
Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor :
Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang
macam mana?
Bakal doktor : Aku
nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa
tak nak doktor juga?
Bakal doktor :
Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih.
Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor :
Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja,
dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti
ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi
tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor :
Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila.
Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah
sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan
sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya
punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan
gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas itu,
budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada
budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka,
akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sebab itu cikgu-cikgu
kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka
(biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak
jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu
masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji
cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?
Dan ya, ini bukan
penulisan untuk menjual diri atau mengiklankan peribadi.
Ini tulisan santai
sekadar suka-suka untuk melepaskan tekanan, sebagai satu bentuk terapi. Saya juga bakal seo guru dan doakan saya supaya cpt berumah tangga n mjadi seo isteri,menantu,kawan, ibu n guru yg hebat satu hari nnti.InsyaAllah.Amin